Fotografi komersial dapat di bahagikan mengikut beberapa kategori:
Fotografi Advertising: Foto yang dicipta untuk ilustrasi dan biasanya dijual untuk perkhidmatan
Fotografi Fesyen dan Glamour: Jenis ini biasanya membabitkan model. Fotografi fesyen menekankan pakaian atau produk, manakala fotografi glamour pula menekankan model. Fotografi glamour terkenal dalam advertising dan dalam majalah lelaki dan wanita. Sesetengah model dalam fotografi glamour mungkin akan berbogel, tetapi ini bukanlah selalu menjadi perkaranya.
Fotografi Still Life biasanya menggambarkan subjek yang tidak bernyawa, biasanya ia adalah objek yang mana terjadi secara natural atau buatan manusia.
Fotografi Food digunakan untuk pengarang rencana, pembungkusan atau kegunaan advertising. Fotografi makanan adalah sama dengan fotografi still life, tetapi ia memerlukan beberapa kemahiran istimewa.
Fotografi Pengarang Rencana(Editorial) .Foto digunakan untuk illustrasi sesebuah cerita atau idea dalam konteks majalah. Ia biasanya digunakan oleh majalah.
Fotografi Fotojurnalistik(Photojurnalism): Ini dapat dianggap sebagai salah satu cabang dalam fotografi pengarang rencana. Foto yang digunakan dalam konteks ini diterima pakai sebagai dokumentasi cerita bagi berita.
Fotografi Potrait dan Fotografi Perkahwinan: Foto digunakan dan dijual terus kepada pengguna terakhir.
Fotografi Fine Art: Foto digunakan untuk memenuhi misi dan digunakan semula untuk jualan terus ke pelanggan.
Fotografi Landscape: Foto yang mempunyai lokasi berlainan yang digunakan untuk jualan kepada pelancong sebagai poskad dsb.
Sumber: Napie's photography
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Definisi fotografi komersil"
Post a Comment