Tugasan : sambutan tahun baru cina

Gambar-gambar ini menunjukkan sambutan tahun baru cina pada tahun ini.






Gambar di atas ini menunjukkan hiasan di 1Borneo semasa Tahun Baru Cina 2010. Warna tema yang digunakan ialah warna merah kerana merah memberi erti yang tinggi kepada kaum cina. Gambar ini diambil menggunakan flash dan sebab itulah gambar yang terhasil sangat terang namun gambar tersebut diambil dari jarak yang jauh menyebabkan fokus gambar yang terhasil agak kecil.


Gambar ini menunjukkan suasana perkarangan luar rumah sesebuah keluarga berbangsa cina ketika menyambut perayaan ini. Perkarangan luar rumah dihiasi dengan tanglung-tanglung yang digantung. Tetamu pula bukan sahaja dari kalangan kaum cina tetapi dari kalangan orang melayu dan india juga. Gambar yang terhasil kurang jelas kerana tidak menggunakan zoom yang tinggi.


Gambar ini pula diambil semasa di Centre Point,Kota Kinabalu. Gambar ini menceritakan tentang tarian singa di depan kedai-kedai. Tarian singa ini dipercayai akan membawa tuah kepada perniagaan yang dijalankan.


Gambar ini menunjukkan tentang pentingnya buah limau oren kepada kaum cina dan memberi makna yang mendalam khususnya pada tahun baru cina.