FOTOGRAFI MAKRO
Beberapa hal yang harus diperhatikan selama pemotretan makro adalah:
Lighting (sumber cahaya)yang dibahagi kepada 2 iaitu:
1)Natural lighting/cahaya alam/Matahari/available light
2)Artifisial lighting (Flash dan lampu studio)
Depth Of Field (DoF)
DOF (kedalaman fokus) dalam fotografi makro, ruang ketajaman suatu foto akan boleh dilihat jikalau sesuai dengan objek yang akan kita abadikan.
Kerana semakin dekat jarak antara titik fokus kamera dengan objek maka akan semakin tipis/sempit DoFnya, ini dapat kita kawal dengan mengatur bukaan diafragma dari lensanya. Tentunya kita tak akan menghasilkan foto kupu-kupu yang hanya tajam di bahagian mata saja sementara keindahan dari warna sayapnya menjadi kabur.
Jadi jika kita ingin mendapatkan DoF yang lebih lebar, tetapi jarak antara lensa dengan objeknya ingin lebih dekat, maka bukaan diafragma haruslah di set semakin kecil nilainya (biasanya antara f/5.6 hingga f/16).
Faktor yang mempengaruhi DoF adalah :
1)Panjang Lensa :makin panjang lensa makin tipis DOF yang akan dihasilkan
2)Jarak fokus : Makin dekat jarak fokus suatu objek dari lensa, makin tipis DoF yang akan dihasilkan.
3)Diafragma: Makin besar bukaan lensa (f/2.8) makin tipis DoF yang akan dihasilkan.
Jadi kesimpulannya, DoF yang dihasilkan adalah kombinasi dari 3 pembolehubah tersebut.
Fokus
Terdapat 2 fokus iaitu auto fokus dan manual fokus.
Pemfokusan pada fotografi makro tidaklah sukar apabila kita lakukan pada benda mati/diam. Tapi ianya akan sangat sukar jika kita melakukannya pada benda yang bergerak seperti serangga yang selalu berterbangan.
Walaupun kini semua lensa sudah dilengkapi dengan fitur auto fokus, tapi tidaklah semuanya memiliki kecepatan seperti yang kita harapkan dalam mengikuti objek yang bergerak tersebut, jadi manual focusing sangatlah diperlukan dalam hal ini.
Setelah sudah terbiasa mendapatkan fokus yang baik, barulah cuba mengatur komposisi yang bagus.
Komposisi
Membuat komposisi agar sesuai dengan kaidah “Rule Of Third” sangatlah sulit, kerana objek yang akan kita gambar selalu bergerak dan sangatlah kecil. Kadangkala seluruh objek tersebut mengisi frame kamera sepenuhnya.
Hanya dengan sering berlatih dan berlatihlah maka akan dapat komposisi yang bagus dan kreativiti seorang fotografer sangatlah berperanan sekali dalam menentukan komposisi antara foreground, background yang mendukung object (POI-Point of Interest) dengan DOF yang sesuai.
Sumber: Fotografi
Kamera.
Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021).[1] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2]
Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.
Sumber: Wikipedia
BUKAAN / APERTURE
Bukaan adalah bukaan lensa kamera dimana lensa masuk. Jika Anda berada di lingkungan dimana cahaya sangat terang, maka kita bisa menutup bukaan sehingga lebih sedikit cahaya masuk ke dalam. Jika kondisi lingkungan gelap, maka kita bisa membuka bukaan lensa sehingga hasil akhir menjadi optimal.
Hal yang unik dan kadang membingungkan pemula adalah nomor dalam setting bukaan adalah terbalik dengan besarnya bukaan. Misalnya angka kecil berarti bukaan besar, sedangkan angka besar berarti bukaan kecil.
Bukaan juga digunakan untuk mengontrol kedalaman bidang (depth of field). Bukaan besar membuat kedalaman bidang menjadi kecil, akibatnya latar belakang / depan menjadi kabur. Bukaan kecil membuat kedalaman bidang menjadi besar, akibatnya semua bidang dalam foto menjadi tajam atau berada dalam fokus.
Setiap lensa memiliki bukaan maksimum dan minimum. Angka yang tertera dalam lensa seperti 3.5-5.6 berarti maximum bukaan bervariasi antara 3.5 sampai 5.6.
SHUTTER SPEED
Kecepatan pemetik gambar / shutter speed adalah jangka waktu kamera membuka sensor untuk memasukkan cahaya. Satuan shutter speed adalah dalam detik atau pecahan detik. Biasanya berawal dari 1/4000 detik sampai to 30 detik. Variasi shutter speed ini tergantung dari badan kamera bukan pada lensa seperti pada bukaan.
Shutter speed mempengaruhi foto dalam dua hal. Kecepatan shutter speed yang tinggi membekukan objek yang bergerak. Shutter speed yang rendah/lama menangkap gerakan objek secara kontinu.
ISO
ISO adalah ukuran sensitivitas sensor terhadap cahaya. Ukuran dimulai dari angka 50, 80 atau 100 dan akan berlipat ganda sampai 3200 atau lebih besar lagi. ISO dengan ukuran angka kecil berarti sensivitas terhadap cahaya rendah, ISO dengan angka besar berarti sebaliknya.
ISO dengan angka besar atau disebut juga ISO tinggi akan menurunkan kualitas gambar karena munculnya bintik-bintik yang dinamakan “noise”. Foto akan terlihat berbintik-bintik seperti pasir dan detail yang halus akan hilang. Tapi untuk kondisi yang sulit seperti sedikit cahaya dalam ruangan, ISO tinggi seringkali diperlukan
Sumber: Fotografi
Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.
Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu. Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu pengumpul cahaya (kamera) dan perakam cahaya (filem atau sensor).
Sumber: Wikipedia
Fotografi komersial dapat di bahagikan mengikut beberapa kategori:
Fotografi Advertising: Foto yang dicipta untuk ilustrasi dan biasanya dijual untuk perkhidmatan
Fotografi Fesyen dan Glamour: Jenis ini biasanya membabitkan model. Fotografi fesyen menekankan pakaian atau produk, manakala fotografi glamour pula menekankan model. Fotografi glamour terkenal dalam advertising dan dalam majalah lelaki dan wanita. Sesetengah model dalam fotografi glamour mungkin akan berbogel, tetapi ini bukanlah selalu menjadi perkaranya.
Fotografi Still Life biasanya menggambarkan subjek yang tidak bernyawa, biasanya ia adalah objek yang mana terjadi secara natural atau buatan manusia.
Fotografi Food digunakan untuk pengarang rencana, pembungkusan atau kegunaan advertising. Fotografi makanan adalah sama dengan fotografi still life, tetapi ia memerlukan beberapa kemahiran istimewa.
Fotografi Pengarang Rencana(Editorial) .Foto digunakan untuk illustrasi sesebuah cerita atau idea dalam konteks majalah. Ia biasanya digunakan oleh majalah.
Fotografi Fotojurnalistik(Photojurnalism): Ini dapat dianggap sebagai salah satu cabang dalam fotografi pengarang rencana. Foto yang digunakan dalam konteks ini diterima pakai sebagai dokumentasi cerita bagi berita.
Fotografi Potrait dan Fotografi Perkahwinan: Foto digunakan dan dijual terus kepada pengguna terakhir.
Fotografi Fine Art: Foto digunakan untuk memenuhi misi dan digunakan semula untuk jualan terus ke pelanggan.
Fotografi Landscape: Foto yang mempunyai lokasi berlainan yang digunakan untuk jualan kepada pelancong sebagai poskad dsb.
Sumber: Napie's photography